Sambutan Bulan Kemerdekaan diperingkat Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang
6 September 2018 | Aktiviti TerkiniHari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun. Pada 31 Ogos ini, negara kita telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke 61. Oleh itu program kemerdekaan telah diadakan untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan negara serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini.
Pada 5 September 2018 telah diadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan diperingkat Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang. Objektif Sambutan ini diadakan bertujuan :
• Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar-pelajar sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
• Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
• Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua peringkat.
• Menyediakan ruang agar pelajar-pelajar menggunakan kreativiti mereka semasa menjalankan program ini.
Program yang berlangsung pada hari ini mengongsikan salah satu aktiviti yang sangat sesuai dilaksanakan untuk menarik minat para pelajar kerana dimeriahkan dengan tanyangan video berkaitan kemerdekaan, nyanyian lagu-lagi patriotik yang dipancarkan menerusi skrin besar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: